MANJUNG: Kerajaan memberi tumpuan meningkatkan keupayaan kemahiran tenaga kerja tempatan khususnya dalam bidang teknologi kecerdasan buatan (AI) bagi menampung keperluan permintaan tenaga kerja yang bakal dijana hasil dari penerimaan pelaburan besar diraih negara.
Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Zambry Abdul Kadir justeru penubuhan Fakulti Kecerdasan Buatan (AI) Universiti Universiti Teknologi Malaysia (UTM) akan menjadi penanda aras tahap kesediaan negara dalam industri ini yang akan memberikan impak kepada negara.
"Kita optimis dalam tempoh empat hingga lima tahun akan datang kita dapat memenuhi keperluan pelaburan yang mencurah masuk dalam negara dan kita perlu sediakan tenaga mahir dalam bidang ini supaya seiring dengan negara-negara lain.
"Bagi peringkat pengambilan awal kita jangka mungkin kumpulan pertama melalui Sarjana, Diploma dan Sijil termasuk kursus jangka pendek yang berkaitan, dapat memenuhi permintaan tinggi tenaga mahir bidang AI dalam negara," katanya dalam sidang media pada majlis Rumah Terbuka Aidilfitri MADANI KPT di Dewan Merdeka Majlis Perbandaran Manjung (MPM) dekat sini hari ini.
Zambry berkata langkah meningkatkan tenaga mahir bidang AI juga seiring dengan kedudukan Malaysia yang mempunyai gabungan faktor unik dan menjadi hab pelaburan utama di Asia Tenggara.
"Krisis perdagangan antara Amerika Syarikat (AS) dan China secara tidak langsung memberi impak positif kepada pelaburan langsung asing (FDI) ke Malaysia dan amat wajar kita mengambil peluang itu," katanya.
Beliau berkata keperluan tenaga mahir sudah berubah mengikut peredaran zaman dan ia tidak hanya tertumpu kepada sesuatu bidang semata-mata.
Zambry sebelum ini berkata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka menyempurnakan majlis perasmian Fakulti Kecerdasan Buatan (AI) yang pertama di Malaysia pada 10 Mei ini di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL).
Sebagai permulaan program Ijazah Sarjana Muda AI telah diluluskan pada peringkat Jawatankuasa Pendidikan Tinggi (JKPT), Januari lepas, dan pelajar kohort pertamanya akan memulakan pengajian pada Oktober ini.
-- BERNAMA
Bernama
Sun May 05 2024
Zambry berkata langkah meningkatkan tenaga mahir bidang AI juga seiring dengan kedudukan Malaysia yang mempunyai gabungan faktor unik dan menjadi hab pelaburan utama di Asia Tenggara. - Gambar fail/BERNAMA
[LAPOR LANGSUNG] Helikopter terhempas: Nasib Presiden Raisi belum diketahui
Seorang pegawai berkata, nyawa Raisi dan Hossein Amirabdollahian berada dalam risiko berikutan nahas itu.
Helikopter terhempas: Nasib Presiden Raisi belum diketahui
Laporan awal menyatakan Raisi dalam perjalanan pulang dari lawatan ke sempadan Azerbaijan di barat laut Iran.
ECERDC komited tingkat kehidupan rakyat pantai timur selari SDG
Penganjuran Sidang Kemuncak SDG Malaysia 2024: Wilayah Timur jadi bukti keseriusan ECERDC dalam merealisasikan perkara tersebut.
Man City rangkul kejuaraan kali keempat berturut-turut, atasi pencapaian Man United
Kejayaan terbaru City hadir apabila mereka mengatasi West Ham 3-1 pada hari terakhir.
Sharul Aimy cipta sejarah, rangkul pingat sulung negara pada kejohanan Asia
Atlet berusia 22 tahun itu menyambar gangsa acara melombol dengan mencatatkan 14.466 mata di belakang Carlos Yulo dan Abdulaziz Mirvaliev.
KKDW peruntuk RM1.5 bil dalam RMK12 untuk pembangunan luar bandar Sarawak
Ia bagi memudahkan pelaksanaan pelbagai upaya bagi mencipta masyarakat luar bandar yang kompetitif dan meningkatkan kualiti hidup mereka.
Koperasi dinasihat jangan amal konsep Ali Baba - Saarani
Katanya, tindakan berkenaan bukan hanya merugikan, bahkan ia tidak memberi nilai tambah bagi kemajuan dan pembangunan koperasi tersebut.
Melaka bakal bina litar kereta kawalan jauh bertaraf antarabangsa
Melaka akan membina sebuah litar kereta kawalan jauh bertaraf antarabangsa di atas tapak berkeluasan sehektar berhampiran Pantai Tanjung Bidara di sini, bermula November depan.
RUU Keselamatan Dalam Talian dijangka dibentang hujung tahun ini
Rang Undang-Undang (RUU) Keselamatan Dalam Talian dijangka dibentangkan pada sidang Parlimen selewat-lewatnya hujung tahun ini, kata Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching.
Melaka mohon KPKT bina tapak pelupusan sisa pepejal sektor ICI
Sebanyak 30-40 peratus daripada keseluruhan sisa pepejal yang dibuang ke Tapak Pelupusan Sisa Pepejal Sanitari Sungai Udang adalah sisa ICI.
KPT tumpu wujud tenaga mahir khususnya bidang teknologi AI penuhi keperluan negara - Zambry
Ia bagi menampung keperluan permintaan tenaga kerja yang bakal dijana hasil dari penerimaan pelaburan besar diraih negara.
KPT salur bantuan pendidikan, pengecualian yuran IPT anak mangsa nahas helikopter
KPT melalui PTPTN akan menyalurkan sebanyak RM1,000 seorang kepada 21 anak mangsa nahas dua helikopter yang terhempas di Lumut.
Universiti Malaya diminta siasat, sedia laporan segera jemputan Bruce Gilley
Datuk Seri Zambry Abd Kadir telah mengarahkan sebarang program dan aktiviti yang dijadual dihadiri penceramah itu dibatalkan segera.
MQA lancar e-MAS, platform bersepadu sistem akreditasi pendidikan tinggi negara
MQA melancarkan sistem akreditasi untuk membolehkan permohonan akreditasi program dibuat sepenuhnya secara atas talian iaitu menerusi e-MAS.
Konflik Asia Barat: KPT bincang keperluan bawa pulang pelajar Malaysia
KPT akan berbincang dengan pihak berkaitan bagi sebarang tindakan lanjut susulan konflik di Asia Barat ketika ini.
Kerangka pendidikan tinggi negara perlu berubah seiring landskap pendidikan dunia
Kerangka pendidikan tinggi negara ini perlu diubah mengikut kehendak semasa seiring perubahan landskap pendidikan dunia, kata Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.
KPT teliti tingkat kursus pelancongan, minyak dan gas, TVET di Sabah
Bidang-bidang berkenaan semakin berkembang di negeri ini justeru membolehkan kursus berkaitan ditawarkan.
KPT tumpu pembangunan institusi bentuk kecemerlangan akademik
KPT akan menumpukan kepada pembangunan institusi pendidikan tinggi sebagai wahana pengubah dan pembangun budaya dalam membentuk kecemerlangan akademik dan sahsiah mahasiswa.
IPT main peranan penting dalam membangunkan masyarakat dan negara - Zambry
Zambry menjelaskan, disebabkan peranan tersebut Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) akan memastikan dasar pendidikan negara berjaya dilaksanakan.
Politeknik Besut bangunkan Pusat Teknologi Kraf Warisan tahun ini
Politeknik Besut merupakan satu-satunya institusi pendidikan tinggi di bawah KPT yang menawarkan pengajian berkaitan batik.